Catatan

7 Tips Buat Visa China Dengan Mudah - Kredit to PTM

Imej
TIPS 1 Tiket Flight Beli Flight Tiket berdasarkan masa yang dikehendaki. Pastikan tiket bukan dalam masa terdekat sebab proses mungkin akan ambil masa untuk disiapkan. (kebiasaannya jangka masa 6 +1 hari bekerja -   6 processing days + 1 hari penerimaan) TIPS 2 Dokumen Penting Selain nak isi borang pastikan ada ini: 1. Passport 2. Dua keping gambar berukuran passport (background putih) 3. Salinan surat beranak (jika bawah 18 tahun) 4. Tiket kapal terbang TIPS 3 Borang Borang boleh didapati di: 1.   Visa centre (KL &   Pulau Pinang) 2. Download online kat sini : https://www.visaforchina.org/KUL_EN/generalinformation/downloads/index.shtml Buat masa ni tiada kemudahan permohonan visa secara Online https://www.visaforchina.org/KUL_EN/generalinformation/faq/264509.shtml Bertabahlah kerana borang 4 muka surat perlu dilengkapkan oleh setiap individu TIPS 4 MASA SESUA

Tips gunakan air basuhan beras

Semasa kecil dahulu, saya sering mengamalkan petua ni bila masa saya diberi tugasan untuk memasak nasi. Yang ni pun sebab dishare oleh orang-orang tua dan saya amalkan... 1. Air basuhan beras untuk kesuburan tanaman Semasa kecil saya sangat teruja menanam buah-buahan kerana cemburu melihat pokok buah-buahan jiran yang tumbuh subur. Apatahlagi ketika musim buah-buahan. Mengharapkan ehsan jiran untuk merasa buah-buah tersebut (rambutan/ langsat/ TARAP/ durian/ manga......) Banyak pokok-pokok buah telah saya tanam sendiri mahupun oleh mak saya.  Berdasarkan ajaran mak saya, beras akan dicuci dua kali... itupun bergantung kepada jenis dan kualiti beras tesebut. Disebabkan masa tersebut kami sekeluarga gunakan beras yang biasa-biasa sahaja, beras akan dicuci 2 kali. Air basuhan pertama adalah paling pekat warna putihnya dan diikuti oleh basuhan kedua. Air basuhan ini saya akan pindahkan ke baldi sebelum digunakan untuk menyiram pokok buah-buahan ataupun sayur-sayuran (kalau ada lebi

TIPS - Elak kesan Seterika pada pakaian

Imej
Tips ni saya alami sendiri setelah 25 tahun bersekolah dan berkerja. Pasti Readers (terutama lelaki) akan pernah mengalami pakaian yang diseterika mempunyai kesan seterika. Kesan seterika ini akan lebih nampak lagi kalau pakaian tu berwarna gelap. Paling tak tahan bila kesan seterika pada seluar slack/ cotton. Beli mahal-mahal tapi kesan tu spoilt the look. I wish tunjukkan kesan seterika pada seluar saya tapi malangnya, sudah dibuat bertahun lalu. Caranya adalah:  TERBALIKAN baju/ kemeja/ seluar tersebut. Kesemua proses seterikaan adalah dari bahagian terbalik baju/ kemeja/ seluar. Di sini tidak perlu risau terdapat kesan seterika / kesan terbakar dll sebab ianya berada di sebalik apa yang orang nampak. Cara nak seterika Baju 1. Seterika kolar baju iaitu di bahagian lipatan ke dalam 2. Terbalikkan baju tersebut. 3. Seterika bahagian belakang bawah kolar 4. Seterika bahagian baju dari kiri - belakang - kanan (atau sebaliknya)     * kalau boleh bahagian ada butang last

Pengenalan @ Mukadimah

Imej
Hi Readers, Saya bukannya baru dalam bidang blogging tapi still consider baru sebab memang tak pernah serius blogging. Bila tengok orang blog, saya pun nak blog tapi hakikatnya hangat-hangat tahi ayam. Or maybe sebab saya tend to write yang sangat comprehensive tapi in the end saya pun giving up writing it. So my new resolution is, akan cuba buat blog yang sesimple mungkin yang saya sendiri pun tak akan bosan nak karang & hopefully my readers akan dapat menfaat daripada itu. Semuanya tentang tips akan berkisar tentang tips2 kehidupan harian sama ada pengalaman sendiri, pengalaman orang lain, pembacaan, perkongsian orang-orang lama, dan lain. TIPS ini sangat luas yang mana mungkin merangkumi kewangan, rumah tangga, travel, kerja dan lain-lain lagi. Readers all are welcome to partipate kalau ada TIPS yang sangat berguna untuk dikongsi bersama. Wish me LUCK readers. pet (ATHENS, Greece 24.04.2017)